Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • biohut
    (Gambar: BORIS HORVAT / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Ini bukan gambar ikan-ikan yang sedang berkhemah! Ia sebenarnya semacam kelambu pelindung.

Jika manusia menggunakan kelambu untuk berlindung dari nyamuk, tempat tinggal buatan dinamakan ‘Biohut’ yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini bertujuan membolehkan ikan-ikan kecil bersembunyi dari haiwan pemangsa. Beberapa ahli sains juga dilihat sedang bersedia untuk membebaskan ikan-ikan tersebut daripada ‘Biohut’ berkenaan.

Dengan menggunakan teknik ini, para ahli sains berharap dapat menggalakkan kepelbagaian hidupan marin, yang sebahagiannya sudahpun terjejas oleh pembangunan bandar di kawasan pantai.

- BERITAMediacorp/IM/im

Top