Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • melaka
    (Gambar: AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Melaka sememangnya kaya dengan kerencaman budaya dari abad ke-15 hingga hari ini. Jika pada zaman kesultanan Melaka dulu, ia menjadi bandar hab perdagangan bagi para peniaga dari merata dunia, kini ia sebuah tapak UNESCO yang menyambut para pelancong dari pelbagai negara.

Gambar Pilihan Hari Ini yang dipetik pagi tadi (6 Okt), membawa anda ke Melaka untuk menikmati sekelumit warna-warni negeri bersejarah ini. Di sini, cebisan sejarah dan moden bertembung. Malah, watak-watak popular seperti Pikachu dan Hello Kity seperti ini turut dijadikan hiasan oleh beca-beca - kenderaan yang pernah menjadi popular, jauh sebelum munculnya Grab atau Uber.

Mungkinkah Melaka menjadi destinasi pelancongan anda hujung tahun ini, dan mahu cuba beca seperti ini? 

- BERITAMediacorp/SM/aq

Top