Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • sultan brunei jubilee
    (Gambar: ROSLAN RAHMAN / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

Daulat Ke Bawah Duli! Begitulah laungan yang banyak kedengaran di Brunei hari ini.

Gambar Pilihan Hari ini mengajak anda melihat kemeriahan sambutan Jubli Emas Sultan Brunei pagi ini (5 Okt). Lebih 60,000 orang sanggup menunggu berjam-jam di bawah matahari terik untuk melihat Sultan Hassanal Bolkiah bersama Permaisuri Saleha yang diarak dari Istana Nur Iman. Sorakan rakyat jelata memeriahkan lagi sambutan itu.

Sambutan gah dengan perarakan gilang-gemilang di Brunei itu sempena meraikan ulang tahun yang ke-50 Sultan Hassanal Bolkiah menduduki takhta kerajaan. 

- BERITAMediacorp/AQ/aq

Top