Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • masjid Al Mukminin
    (Gambar: Masjid Al Mukminin/ Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Salam Jumaat! Bagi sesiapa yang mengunjungi Masjid Al Mukminin, barangkali anda terlihat kain rentang berwarna emas kuning di tempat letak kereta masjid itu.

Itulah Gambar Pilihan Hari Ini. Kain rentang yang menampilkan sekeping hadis berbunyi, "Senyuman Itu Satu Sedekah". Bagaimanapun, baru-baru ini kain rentang tersebut koyak akibat angin kencang.

Masjid itu kini mahu menggantikan kain tersebut dan meminta pandangan orang ramai, sama ada harus dikekalkan tukilan hadith tersebut atau digantikan dengan tukilan lain. Apa kata dan cadangan anda? 

- BERITAMediacorp/NA/na

Top