Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi
    ( Gambar: MOHAMMED ABED / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Jika sesetengah orang mempunyai bakat menyanyi ataupun menulis, remaja lelaki Palestin ini mempunyai bakat yang lain daripada yang lain.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan Yousef Al-Bahtini dari Palestin, berusia 12 tahun, yang kini dijemput oleh Guinness World Records untuk cuba mencatatkan rekod bagi "masa terpantas berjalan sejauh 20 meter dengan meliukkan badan".

Dia mempamerkan kemahiran akrobatiknya semasa dia meliukkan tubuhnya di pelabuhan di Bandar Gaza semalam (20 Sep). Al-Bahtini kini menunggu izin untuk melakukan perjalanan ke Jordan di mana dia akan mempersembahkan bakatnya itu.

- BERITAMediacorp/NA/na

Top