Gambar Pilihan Hari Ini
Bagi anda yang baru sahaja pulang bekerja, gambar yang menenangkan ini mungkin boleh menghilangkan rasa penat anda.
BERITMediacorp: Bagi anda yang baru sahaja pulang bekerja, gambar yang menenangkan ini mungkin boleh menghilangkan rasa penat anda.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan bayangan latar langit yang dipetik di bandar selatan kota Mesir, Luxor, ketika matahari sedang terbit. Pancaran cahayanya yang indah, menyinari seluruh kawasan tersebut.
Gambar yang dipetik pada 10 September 2017 ini menunjukkan pilon-pilon dan tiang Kuil Mesir Luxor dan menara masjid abad ke-13 Abu Haggag, dengan benteng-benteng daripada Gereja Ortodoks Koptik kelihatan di bahagian latar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.