Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • halimah patung
    Patung mini Halimah Yacob dibawa seorang penyokong beliau pada hari bersejarah ini. (Gambar: TODAY/ Jason Quah)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Patung mini Cik Halimah Yacob. Itulah antara barangan dibawa para penyokong Cik Halimah bagi meraikan hari yang bersejarah hari ini (13 Sep). Meski berkumpul di bawah panas terik matahari sejak pagi lagi, para penyokong beliau tidak henti-henti meluahkan pujian ke atas Cik Halimah. Semangat ditonjolkan inilah yang membuat ia menjadi Gambar Pilihan kami hari ini.

Keadaan di ibu pejabat Persatuan Rakyat di King George's Avenue hari ini dibanjiri dengan warna jingga dan merah jambu. Itulah semangat padu diberikan para penykong Cik Halimah daripada Persatuan Ain yang berbaju jingga dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang berbaju merah jambu.

Cik Halimah bakal diisytiharkan sebagai Presiden wanita pertama Singapura dan Presiden Melayu kedua negara ini dalam tempoh 47 tahun.

- BERITAMediacorp/RU/ru

Top