Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Esok, Cik Halimah dijangka diisytihar sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden kerana beliau satu-satunya orang yang diisytihar layak untuk bertanding. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook Cik Halimah Yacob)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 12:16PM Dikemas Kini : 27 Sep 2017 04:56PM

BERITAMediacorp: Mungkin, inilah kali terakhir Cik Halimah Yacob duduk dalam Dewan Parlimen selaku orang biasa. Cik Halimah berada di Parlimen semalam (11 Sep) dengan ditemani suaminya Encik Mohammed Abdullah Alhabshee, sedang Dewan memilih Encik Tan Chuan-Jin selaku pengganti beliau sebagai Speaker Parlimen yang ke-10. 

Esok, Cik Halimah dijangka diisytihar sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden kerana beliau satu-satunya orang yang diisytihar layak untuk bertanding. Bermakna, jika beliau melangkahkan kaki sekali lagi ke dewan Parlimen nanti, wanita berusia 63 tahun itu semestinya berbuat demikian sebagai ‘Puan Presiden’.

 Yang pasti, sejarah baru Kota Singa sedang dibina. Presiden wanita pertama bagi Singapura dijangka muncul.  Presiden Melayu Ke-2 Singapura dijangka muncul.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan