Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • opera
    (Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang pelakon opera Kantonis dari Malaysia dari kumpulan Sound of Tai Hei, yang dipetik sebelum beliau membuat persembahan opera di Kuala Lumpur Baru-baru ini.

Ini bersempena sebuah pameran Seni Tradisional yang dianjurkan Bahagian Kebangsaan bagi Kebudayaan dan Seni Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

Opera Kantonis – di mana para pelakonnya perlu memakai kostum mewah dan bersolek tebal serta mesti pakar dalam seni pertahanan diri dan nyanyian – juga diiktiraf sebagai ‘warisan budaya tidak ketara’ oleh agensi budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO pada 2009.

- BERITAMediacorp/IM/im

Top