Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • china rescuer
    Para pegawai penyelamat China yang terlibat dalam insiden gempa Sichuan. (Gambar: AFP / STR)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Ini bukan paparan para pegawai bomba yang asyik dibuai lena semasa bekerja. Sebaliknya, inilah para wira yang berehat seketika selepas menjalankan operasi menyelamat selama 18 jam!

Gambar Pilihan kami hari ini membawa anda ke bandar Jiuzhaigou di wilayah barat laut China, Sichuan. Kawasan itu baru-baru ini dilanda gempa bumi sekuat 7.0 Richter, yang turut menjejas para pelancong Singapura.

Kelmarin, pasukan polis separa tentera ini menjalankan operasi menyelamat selama 18 jam bagi memindahkan puluhan ribuan orang. Sejauh ini, mereka berjaya menarik keluar sekurang-kurangnya 19 orang yang terkorban daripada bencana itu.

- AFP/RU/ru

Top