Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • tiger face
    (Gambar: CHAIDEER MAHYUDDIN / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Lukisan di wajah mungkin biasa dilihat di pesta atau karnival. Bagaimanapun, Gambar Pilihan Hari Ini tidak dipetik di sebarang acara seumpama itu. Malah, lukisan tersebut mempunyai mesej yang lebih mendalam berbanding lukisan sekadar suka-suka.

Para pelajar Indonesia melukis wajah harimau kerana menyertai sebuah bantahan bagi memperingati Hari Harimau Sedunia di Banda Aceh semalam (30 Jul).

Sehubungan itu, berpuluh-puluh pelajar turut mengadakan rapat keamanan bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu harimau sempena Hari Harimau Sedunia, yang diadakan setiap 29 Julai.

- BERITAMediacorp/IM/im

Top