Gambar Pilihan Hari Ini
Kecekalan. Itulah kata yang boleh menggambarkan puluhan baris saf yang didirikan oleh masyarakat Muslim di hadapan pintu masuk utama ke Masjid Al-Aqsa.
BERITAMediacorp: Kecekalan. Itulah kata yang boleh menggambarkan puluhan baris saf yang didirikan oleh masyarakat Muslim di hadapan pintu masuk utama ke Masjid Al-Aqsa.
Gambar Pilihan Hari Ini memperlihatkan anggota masyarakat Muslim mendirikan solat di pekarangan pintu masuk utama ke masjid Al-Aqsa, sementara beberapa anggota polis Israel dengan bersenapang berdiri di luar Gerbang Singa, pada 16 Julai 2017.
Israel dikatakan membuka semula tapak suci yang sangat sensitif yang ditutup selepas serangan oleh seorang Arab Israel yang membunuh dua anggota polis Israel. Namun, masyarakat Muslim enggan memasuki tapak suci tersebut kerana membantah langkah-langkah keselamatan baru termasuk pengesan dan kamera logam, yang dikenakan Israel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.