Gambar Pilihan Hari Ini
Adakah ini kambing korban ala Bob Marley atau ala Whoopi Goldberg? Yang pasti, kambing yang tidak kelihatan matanya kerana tertutup dengan 'rambutnya' yang panjang ini merupakan seekor kambing Wensleydale.
BERITAMediacorp: Adakah ini kambing korban ala Bob Marley atau ala Whoopi Goldberg? Yang pasti, kambing yang tidak kelihatan matanya kerana tertutup dengan 'rambutnya' yang panjang ini merupakan seekor kambing Wensleydale.
Gambar Pilihan Hari Ini memilih wajah unik seekor kambing Wensleydale untuk mencuit senyuman di wajah anda. Kambing ini berada di dalam kandangnya pada hari pertama Great Yorkshire Show, yang berdekatan dengan Harrogate di utara England pada 11 Julai 2017.
Pertunjukan pertanian itu, yang pertama kali diadakan pada tahun 1838, merupakan satu acara yang mempamerkan semua aspek kehidupan kampung. Acara tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pertanian Yorkshire (YAS) pada setiap bulan Julai. Ia menarik sekitar 130,000 pengunjung selama tiga hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.