Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar Pilihan kami hari ini memaparkan satu upacara yang luar biasa disusuli dengan tindakan lucu para penduduk kampung wilayah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Diterbitkan : 11 Jul 2017 12:25PM Dikemas Kini : 11 Jul 2017 12:26PM

BERITAMediacorp: Siapa tidak mahu habuan percuma. Mentelah lagi, habuan-habuan itu 'jatuh dari langit'. Perkara itulah yang berlaku di wilayah Probolinggo, Indonesia.

Gambar Pilihan kami hari ini memaparkan satu upacara yang luar biasa disusuli dengan tindakan lucu para penduduk kampung wilayah itu. Ia berlaku apabila suku kaum Tengger melontarkan habuan-habuan seperti wang dan haiwan hidup dari Gunung Bromo semasa Pesta Yadnya Kasada.

Upacara itu adalah untuk memperingati Tuhan suku kaum berkenaan, Sang Hyang Widhi, yang jatuh pada 14 hari bulan Kasada, berdasarkan kalendar tradisional Hindu. Namun, orang-orang kampung di kawasan sekeliling tidak mahu juga melepaskan peluang mendapat 'hadiah percuma itu'!

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan