Gambar Pilihan Hari Ini
Anda mungkin berasa pelik melihat seekor kambing yang sedang memijak tubuh wanita ini. Tetapi usah tersilap, wanita itu tidak sedikit pun “terancam” oleh kehadiran kambing tersebut. Malah, kambing itu kian dialu-alukan dalam kelas yang dihadiri wanita berkenaan.
BERITAMediacorp: Anda mungkin berasa pelik melihat seekor kambing yang sedang memijak tubuh wanita ini. Tetapi usah tersilap, wanita itu tidak sedikit pun “terancam” oleh kehadiran kambing tersebut. Malah, kambing itu kian dialu-alukan dalam kelas yang dihadiri wanita berkenaan.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan Cik Adonna Ebrahimi yang sedang mencuba sedaya upayanya untuk mengekalkan tumpuannya sedang seekor anak kambing mengimbangi diri di atas tubuhnya. Memang lain dari yang lain, wanita ini sebenarnya sedang menghadiri kelas “Yoga Kambing” yang dianjurkan oleh Lavenderwood Farm di Thousand Oaks, California. Bahkan, kelas “Yoga Kambing” ini kian menjadi kegilaan yang terbaru di Amerika Syarikat!
Orang ramai juga sanggup beratur bagi kelas-kelas yang popular itu. Latihan kecergasan baru turut dijalankan di ladang di seluruh negara yang melibatkan kambing Nigerian Dwarf – iaitu kambing kecil yang berasal dari Afrika Barat – yang berkeliaran sedang wanita-wanita itu berlatih rutin senaman mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.