Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar Pillihan Hari Ini ternyata amat menyelerakan. Dengan sos tomato dan keju lazat yang disapukan ke atas roti piza, ramai yang mungkin berselera untuk berbuka dengan hidangan piza nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Mark RALSTON / AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2017 11:59AM Dikemas Kini : 13 Jun 2017 12:13PM

BERITAMediacorp: Gambar Pillihan Hari Ini ternyata amat menyelerakan. Dengan sos tomato dan keju lazat yang disapukan ke atas roti piza, ramai yang mungkin berselera untuk berbuka dengan hidangan piza nanti.

Beberapa sukarelawan dalam gambar ini sedang giat membuat piza. Namun, bukan piza yang biasa-biasa saja, mereka sebenarnya sedang membuat piza yang terpanjang di dunia. Malah, mereka juga berhasil untuk memecah Rekod Dunia Guinness dengan piza sepanjang 2.13 kilometer!

Bertempat di Auto Club Speedway Track di Fontana, California, satu rombongan pembuat ketuhar piza dan pembuat roti turut bertungkus-lumus untuk memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Napoli di Itali sepanjang 182 meter. Yang jelas, kerjasama mereka ternyata membuahkan hasil!

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan