Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Mesej yang dicoretkan di lantai menggunakan kapur ternyata membawa makna yang mendalam. Kata-kata dalam bahasa Inggeris itu malah bukan sahaja merujuk kepada satu insiden, tetapi juga merangkumi siri letupan yang berlaku di beberapa bandar di sekeliling dunia ketika ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Oli SCARFF / AFP)

Diterbitkan : 26 May 2017 11:49AM Dikemas Kini : 26 May 2017 11:55AM

BERITAMediacorp: Mesej yang dicoretkan di lantai menggunakan kapur ternyata membawa makna yang mendalam. Kata-kata dalam bahasa Inggeris itu malah bukan sahaja merujuk kepada satu insiden, tetapi juga merangkumi siri letupan yang berlaku di beberapa bandar di sekeliling dunia ketika ini.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan coretan “Love not Hate” di Dataran St Ann’s di Manchester, England. Membawa maksud, ‘Kasih Sayang dan bukan Kebencian’, mesej itu ditulis sebagai memberi penghormatan kepada para mangsa yang terkorban menyusuli serangan pengganas di Manchester Arena.

Malah, mesej-mesej lain yang turut dicoretkan di lantai juga termasuk sesuatu yang ditulis dalam bahasa Arab. Yang jelas, perpaduan yang dipaparkan oleh masyarakat dunia cukup ketara bagi membanteras ‘kebencian’ dan memerangi pengganasan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan