Gambar Pilihan Hari Ini
Lantaran itu, Gambar Pilihan kami hari ini membawa anda melihat bagaimana seekor gajah itu diberi satu "penghormatan terakhir".
BERITAMediacorp: Seperti pengetahuan umum, gajah dianggap sebagai antara haiwan suci kepada para penganut agama Hindu. Lantaran itu, Gambar Pilihan kami hari ini membawa anda melihat bagaimana seekor gajah itu diberi satu "penghormatan terakhir".
Gambar ini yang dipetik di India semalam (10 Mei), memaparkan para penduduk kampung dan pekerja perhutanan India yang berkumpul sekeliling bangkai seekor gajah yang berada berdekatan dengan landasan kereta api.
Menurut laporan AFP, gajah itu bertembung dengan sebuah kereta api penumpang di Kebun Teh Kiranchandra, sekitar 30km dari bandar Siliguri. Kemalangan itu berlaku di kawasan yang dikenali sebagai 'koridor gajah' kerana gajah-gajah akan melintas landasan kereta api di kawasan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.