Gambar Pilihan Hari Ini
Meski kita terpesona dengan matanya yang kebiru-biruan ia seolah-olah menyembunyikan seribu rahsia.
BERITAMediacorp: Renungan itu bukan pandangan biasa. Meski kita terpesona dengan matanya yang kebiru-biruan ia seolah-olah menyembunyikan seribu rahsia. Baru setahun jagung, dia sudah melalui pelbagai jerih-perih kehidupan.
Anak kecil rakyat Syria ini antara ribuan kanak-kanak lain yang kehilangan tempat tinggal. Dia bersama anggota keluarga yang lain meninggalkan rumah mereka di Raqa, yang kini menjadi kubu kuat ISIS.
Buat masa ini, dia dan rakyat Syria yang lain tumpang berteduh di sebuah kem sementara yang terletak di Ain Issa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.