Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Demam Star Wars sudah ‘mendarat’ di Singapura. Malah, para penggemar francais filem tersebut tentunya tidak mahu terlepas peluang untuk menyertai pesta gergasi sempena Hari Star Wars yang diadakan di Singapura buat julung-julung kalinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: ROSLAN RAHMAN / AFP)

Diterbitkan : 05 May 2017 12:55PM Dikemas Kini : 05 May 2017 12:59PM

BERITAMediacorp: Demam Star Wars sudah ‘mendarat’ di Singapura. Malah, para penggemar francais filem tersebut tentunya tidak mahu terlepas peluang untuk menyertai pesta gergasi sempena Hari Star Wars yang diadakan di Singapura buat julung-julung kalinya. Tidak kira yang tua mahupun yang muda, orang ramai juga pasti ingin terlibat sama dalam meraikan acara menarik ini.

Malah, Gambar Pilihan Hari Ini turut menampilkan seorang ‘Stormtrooper’ yang sangat comel! Penggemar cilik ini dilihat mengenakan topeng Stormtrooper ketika hari pertama pesta itu semalam (4 Mei) di Taman di Pesisiran, Singapura. Hari Star Wars diraikan setiap tahun oleh para penggemar francais filem yang terkenal dengan slogan “May the Fourth be with you”.

Pesta “Star Wars Day: May the 4th be with you” berlangsung di Singapura sehingga 6 Mei. Ia adalah sebahagian daripada sambutan bersempena ulang tahun ke-40 Star Wars. Yang pasti, ramai yang tidak mahu ketinggalan bagi acara yang menyeronokkan ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan