Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pope Francis (kanan), pemimpin tertinggi agama Roman Katolik bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayeb semasa lawatan beliau ke Mesir.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Pope Francis (kanan) bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayeb. (Gambar: Andreas SOLARO / AFP)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 03:48PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 03:50PM

BERITAMediacorp: Meraikan kemanusiaan walaupun berbeza agama. Berdakapan mesra sebagai contoh kepada masyarakat masing-masing, bahawa agama berbeza bukan alasan untuk bersikap eksklusif. Itulah yang dibuktikan dua pemimpin tertinggi - seorang Roman Katolik, seorang Islam. Inilah Gambar Pilihan Hari Ini.

Pope Francis (kanan), pemimpin tertinggi agama Roman Katolik bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayeb semasa lawatan beliau ke Mesir. Pope Francis melakukan lawatan ke Mesir bagi menggalakkan "perpaduan dan ukhuwah" antara golongan Muslim dan Kristian.

Golongan minoriti Kristian di Mesir berdepan dengan beberapa siri serangan keganasan beberapa tahun kebelakangan ini. Pada awal bulan ini, dua gereja di Mesir digegarkan dengan letupan bom yang menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang terkorban. 

Sumber : AFP/BERITAMediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan