Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Seni gimnastik mungkin sudah banyak disaksikan di acara-acara sukan di televisyen oleh atlit-allit muda yang berbakat. Malah, kita seringkali terpegun dengan kelincahan mereka ketika beraksi. Tetapi kali ini, anda pasti kagum dengan kebolehan wanita yang bergelar nenek ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: ROSLAN RAHMAN / AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 12:25PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 12:32PM

BERITAMediacorp: Seni gimnastik mungkin sudah banyak disaksikan di acara-acara sukan di televisyen oleh atlit-allit muda yang berbakat. Malah, kita seringkali terpegun dengan kelincahan mereka ketika beraksi. Tetapi kali ini, anda pasti kagum dengan kebolehan wanita yang bergelar nenek ini.

Bukan nenek yang biasa-biasa sahaja, beliau sebenarnya atlit gimnastik yang tertua di dunia pada usia 92 tahun! Gambar Pilihan Hari ini menampilkan Johanna Quaas dari Jerman yang sempat singgah di Singapura baru-baru ini. Malah, beliau juga sedang memberikan demonstrasi bagi senaman menguatkan otot di sebuah katil khas bagi warga lanjut usia. Ini turut diadakan bersempena Forum Daya Inovasi Asia Penuaan.

Yang jelas, beliau merupakan contoh yang terbaik bagi memeriahkan forum tersebut. Manakan tidak, lihat saja pada aksinya di sebelah kanan gambar ini yang dipetik lima tahun lalu - tidak semua warga muda dapat melakukannya. Keupayaan nenek 'super kuat' ini memang sangat mengagumkan!  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan