Gambar Pilihan Hari Ini
Boeoegg adalah satu simbol yang mana para penduduk di sana percaya jika kepala Boeoegg meletup dengan cepat maka musim panas akan datang akan lebih hangat dan indah.
BERITAMediacorp: Jika orang-orang salji atau bahasa Inggerisnya "snowman" secara lazimnya dibuat daripada salji dan dihias dengan cantik, "snowman" ini pula dihias dengan mercun-mercun! Itulah kelainannya dan sebab ia menjadi Gambar Pilihan kami.
"Snowman" mercun yang diberi nama Boeoegg bukan "snowman" biasa kerana ia diletakkan di dataran Sechselaeuten, bandar Zurich, dan dibakar di atas sebuah unggun api.
Apabila loceng Gereja Saint Peter berbunyi pada pukul 6.00 petang (waktu tempatan), unggun api itu akan dibakar. Boeoegg adalah satu simbol yang mana para penduduk di sana percaya jika kepala Boeoegg meletup dengan cepat maka musim panas akan datang akan lebih hangat dan indah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.