Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak acara larian yang dianjurkan, tidak kira di Singapura mahupun di seluruh dunia. Tetapi kali ini, acara larian ini ternyata diserikan lagi dengan pelumba yang berjaya menarik perhatian ramai dengan hiasan terang-benderang pada tubuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Josep LAGO / AFP)

Diterbitkan : 23 Apr 2017 04:38PM Dikemas Kini : 23 Apr 2017 04:43PM

BERITAMediacorp: Sejak kebelakangan ini, semakin banyak acara larian yang dianjurkan, tidak kira di Singapura mahupun di seluruh dunia. Tetapi kali ini, acara larian ini ternyata diserikan lagi dengan pelumba yang berjaya menarik perhatian ramai dengan hiasan terang-benderang pada tubuhnya.

Yang jelas, peserta ini berhasil untuk tampil menyerlah sehingga disertakan dalam Gambar Pilhan Hari Ini. Dengan penampilan lain daripada yang lain, pelumba ini menghiaskan dirinya dengan lampu neon ketika mengambil bahagian dalam acara larian ‘8th Night City Race of L'Hospitalet’ berhampiran Barcelona semalam (22 Apr). Malah, beliau bukan sahaja dihiasi dengan lampu neon berwarna biru, tetapi ternyata beliau juga mengenakan pakaian yang menutupi seluruh tubuh dan muka.

Meskipun terasa bahangnya ketika berlari sambil berbalut seumpama itu, pastinya beliau jelas tampil unik dan berjaya ‘menerangi’ suasana di acara larian tersebut. Mungkin para peserta bagi ‘Star Wars Run’ di Singapura pada 6 Mei ini juga boleh mengambil ilham daripada peserta ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan