Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kita seringkali gemar melihat keletah haiwan-haiwan, tidak kira haiwan peliharaan mahupun haiwan liar di televisyen. Bahkan, apabila haiwan tersebut melakukan gerakan yang menarik perhatian, memang sukar untuk tidak merebut peluang memetik gambar yang cantik.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Christof STACHE / AFP)

Diterbitkan : 22 Apr 2017 11:57AM Dikemas Kini : 22 Apr 2017 12:00PM

BERITAMediacorp: Kita seringkali gemar melihat keletah haiwan-haiwan, tidak kira haiwan peliharaan mahupun haiwan liar di televisyen. Bahkan, apabila haiwan tersebut melakukan gerakan yang menarik perhatian, memang sukar untuk tidak merebut peluang memetik gambar yang cantik. Itulah yang dilakukan jurugambar antarabangsa ini.

Gambar Pilihan Hari Ini memang cukup indah dan ternyata akan membuat anda tersenyum. Dipetik di Munich di selatan Jerman, dua ekor angsa dilihat di sebuah kolam di taman istana Nymphenburg. Namun, bukan gambar yang biasa-biasa sahaja, angsa-angsa ini kelihatan seakan-akan sedang menunjukkan lambang cinta dan kasih sayang melalui bentuk hati!

Benar kata orang, haiwan juga memiliki perasaan. Malah, mungkin angsa-angsa ini bukan sahaja menunjukkan rasa kasih sayang sesama sendiri, tetapi ia turut ditujukan kepada mereka yang turut melihat dan memerhati. Mungkin haiwan-haiwan ini juga mengucapkan sejahtera dan berharap agar hari anda juga dipenuhi kasih sayang dan rasa cinta sempena hujung minggu ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan