Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Mungkin inilah antara masa-masa tertentu di mana orang ramai gemar ‘dihujani’ dengan serbuk pada tubuh mereka. Yang jelas, acara penuh berwarna-warni ini mudah membuat orang ramai berasa gembira.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: CHRISTOPHE ARCHAMBAULT / AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 12:22PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 12:29PM

BERITAMediacorp: Mungkin inilah antara masa-masa tertentu di mana orang ramai gemar ‘dihujani’ dengan serbuk pada tubuh mereka. Yang jelas, acara penuh berwarna-warni ini mudah membuat orang ramai berasa gembira.

Gambar Pilihan Hari Ini menyuntik sedikit keceriaan pada hari anda dari bandar Paris, berlatarbelakangkan Menara Eiffel yang ikonik. Dikenali sebagai The Color Run, atau menurut lamannya sebagai 5K Paling Bahagia di Planet ini, ia adalah sebuah acara larian warna yang unik yang menyambut kesihatan, kegembiraan dan keistimewaan individu. Juga dikenali sebagai siri acara yang terbesar di dunia, The Color Run juga sudah dianjurkan di lebih 35 negara!

Lebih menarik lagi, The Color Run juga merupakan acara larian suka-suka tanpa sebarang pemenang ataupun hadiah. Tetapi pastinya, ramai yang tidak akan bersungut memandangkan mereka dapat mengambil gambar-gambar yang cantik dan menarik sambil diselaputi serbuk berwarna-warni. Ramai mungkin tidak sabar untuk menantikan acara The Color Run di Singapura tahun ini!

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan