Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar ini dipetik di bandar Baitulaham di Tebing Barat memaparkan seorang penunjuk perasaan lelaki Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Seorang lelaki Palestin menyertai tunjuk perasaan menyusuli satu mogok lapar yang diadakan. (Gambar: AFP / AHMAD GHARABLI)

Diterbitkan : 18 Apr 2017 11:59AM Dikemas Kini : 18 Apr 2017 12:01PM

BERITAMediacorp: Dengan kedua-dua tangan menggenggam batu, lelaki Palestin ini sanggup berdepan dengan tentangan dalam apa bentuk sekali pun dalam suasana penuh membara. Inilah Gambar Pilihan Hari Ini dari kami.

Gambar ini dipetik di bandar Baitulaham di Tebing Barat memaparkan seorang penunjuk perasaan lelaki Palestin yang bertempur dengan pasukan keselamatan Israel menyusuli satu tunjuk perasaan di bandar berkenaan.

Tunjuk perasaan itu bagi menunjukkan sokongan mereka bagi warga Palestin yang dipenjara di Israel selepas ratusan orang tahanan melancarkan mogok lapar semalam. Lebih 1,000 warga Palestin dalam penjara Israel melancarkan mogok lapar itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan