Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar ini dipetik di muzium Corsier-sur-Vevey dengan kesemua mereka berpakaian sebagai 'The Tramp’ - iaitu watak terkenal Charlie Chaplin.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Lebih 660 orang berkumpul dan berpakaian ala Charlie Chaplin. (Gambar: AFP / Richard Juilliart)

Diterbitkan : 17 Apr 2017 11:37AM Dikemas Kini : 17 Apr 2017 11:38AM

BERITAMediacorp: Siapa tidak kenal dengan Charlie Chaplin? Beliau dianggap ramai sebagai "bapa komedi" dengan tingkah lakunya yang sememangnya lucu. Bagi memperingati hari lahir beliau yang ke-128 (beliau dilahirkan pada 16 April 1889), lebih 660 orang berkumpul dan berpakaian ala Chaplin pada Sabtu lalu. Inilah Gambar Pilihan kami hari ini.

Gambar ini dipetik di muzium Corsier-sur-Vevey dengan kesemua mereka berpakaian sebagai 'The Tramp’ - iaitu watak terkenal Charlie Chaplin. Ia bagi menandakan ulang tahun pertama Chaplin's World oleh Grevin dan juga ulang tahun hari lahir Chaplin sendiri.

Muzium berkenaan merancang untuk mencatat rekod bagi perhimpunan paling ramai yang berwatakan 'The Tramp'. Ia juga sebuah muzium yang didedikasikan khas buat Charlie Chaplin dan kerjaya beliau di kawasan itu dan juga taman di dalam gambar tersebut, di mana Chaplin dan keluarganya menetap dari tahun 1952-1977.

Sumber : BERITA Mediacorp/AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan