Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar yang dipetik di India ini memperkenalkan kepada anda Encik Mohammed Ali, 53 tahun, yang menjual gramofon dibaikinya untuk dijual di tepi jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Encik Mohammed Ali, 53 tahun, yang menjual gramofon dibaikinya di India. (Gambar: AFP / ARUN SANKAR)

Diterbitkan : 13 Apr 2017 12:37PM Dikemas Kini : 13 Apr 2017 12:38PM

BERITAMediacorp: Masih wujud lagi alat yang diberi nama sebagai gramofon, pada zaman ini. Pasti ramai remaja masa kini tidak mengenali atau tahu akan fungsi gramofon. Imbasan kenangan lama inilah menjadi pilihan untuk segmen Gambar Pilihan kami.

Gambar yang dipetik di India ini memperkenalkan kepada anda Encik Mohammed Ali, 53 tahun, yang menjual gramofon dibaikinya untuk dijual di tepi jalan raya. Lebih mengagumkan lagi, beliau yang menetap di bandar Calicut, menjelajah merata India untuk menjual barangan lama yang dibaiki beliau.

Pada zaman serba moden ini, sudah ramai orang yang menggunakan aplikasi seperti Spotify untuk mendengar muzik kegemaran mereka. Namun pada zaman dahulu, gramofon merupakan antara alat hiburan utama untuk mendengar muzik melalui piring hitam. Satu tinjauan rambang BERITAMediacorp mendapati kurang daripada 20 kedai di Singapura yang menjual piring hitam, apatah lagi alat gramofon asli seperti di Gambar Pilihan kami.

Sumber : BERITA Mediacorp/AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan