Gambar Pilihan Hari Ini
Wanita ini mungkin sudah berusia 70 tahun, tetapi warisan yang ditinggalkannya pasti akan dikenang buat jangka yang panjang. Malah rantainya yang ranggi dan pengikat kepalanya mungkin tak kalah kalau hendak digunakan di pentas-pentas peragawati terkemuka (catwalk runway)!
BERITAMediacorp: Wanita ini mungkin sudah berusia 70 tahun, tetapi warisan yang ditinggalkannya pasti akan dikenang buat jangka yang panjang. Malah rantainya yang ranggi dan pengikat kepalanya mungkin tak kalah kalau hendak digunakan di pentas-pentas peragawati terkemuka (catwalk runway)!
Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan Anyu Daik, wanita yang berasal dari suku asli Bidayuh yang memakai rantai tradisional dipanggil ‘Tumbih’. Berasal dari Padawan, Sarawak, Anyu juga adalah salah seorang daripada lima wanita Bidayuh terakhir, yang dikenali sebagai “ring ladies” dalam bahasa Inggeris. Wanita-wanita tersebut mula memakai gegelang tembaga kuning di tangan dan kaki sejak mereka berusia 10 tahun.
Malah, mereka juga tetap meneruskan amalan memakai gegelang itu sebagai lambang kecantikan dan prestij. Menurut masyarakat Bidayuh, ini juga adalah sebuah tradisi yang turun-temurun. Ia juga dipercayai bahawa nenek moyang mereka berdagang dengan masyarakat Cina dan gelang tembaga itu adalah sebagai bayaran bagi barangan yang diperoleh dari para penduduk kampung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.