Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan kami hari ini yang secara mengejutnya "menyatukan tiga pemimpin ini".
BERITAMediacorp: Biar betul? Sama seperti anda semua, itulah soalan yang bermain di minda apabila memilih Gambar Pilihan kami hari ini yang secara mengejutnya "menyatukan tiga pemimpin ini".
Namun, janganlah anda semua terperanjat sangat kerana ketiga-tiga "pemimpin" di dalam gambar yang dipetik di satu pertandingan ragbi, Rugby Sevens, di Hong Kong ini hanyalah penghibur pengajuk atau bahasa Inggerisnya, impersonator.
Jika diikutkan laporan-laporan media mengenai ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara atas ancaman-ancaman serangan peluru berpandu dan sebagainya dan juga hubungan Encik Trump dan Encik Obama, gambar sebegini buat masa ini hanya boleh dipetik dengan menggunakan "impersonator" saja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.