Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar yang dipetik di bandar California menunjukkan bunga-bunga berwarna jingga, kuning dan ungu menghiasi dada bukit-bukit Tremblor Range di Monumen Nasional Carrizo Plain, California.
BERITAMediacorp: Keindahan Gambar Pilihan Hari Ini bukanlah satu lukisan apatah lagi satu gambar yang ditokok tambah dengan kesan lampu atau diedit. Bak kata-kata zaman kini, gambar itu adalah gambar #nofilter.
Gambar yang dipetik di bandar California menunjukkan bunga-bunga berwarna jingga, kuning dan ungu menghiasi dada bukit-bukit Tremblor Range di Monumen Nasional Carrizo Plain, California.
Selepas bertahun-tahun berdepan dengan cuaca kering, bunga-bunga indah itu mula berkembang di selatan dan tengah California dan ia menarik pengunjung ke sana dengan jumlah rekod, semata-mata mahu menyaksikan keindahan warna-warni itu yang diberi nama "super bloom".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.