Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Letih, sedih dan kecewa mungkin antara perasaan yang bermain di benak fikiran wanita Syria ini, yang kehilangan tempat tinggal di tanah airnya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: DELIL SOULEIMAN / AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2017 11:50AM Dikemas Kini : 07 Apr 2017 11:52AM

BERITAMediacorp: Letih, sedih dan kecewa mungkin antara perasaan yang bermain di benak fikiran wanita Syria ini, yang kehilangan tempat tinggal di tanah airnya sendiri.

Wanita ini adalah antara ribuan rakyat Syria yang lain yang melarikan diri dari bandar Raqa, iaitu kubu kuat ISIS. Air wajahnya jelas kelihatan muram setelah penat berjalan jauh sebelum tiba di sebuah kem sementara di Ain Issa.

Semua ini berlaku sedang minggu ini, dunia digemparkan dengan berita serangan senjata kimia yang mengorbankan puluhan rakyat Syria. Pemerintah Syria menafikan ia menggunakan sebarang senjata kimia. Bagaimanapun sebagai tindakan balas, hari ini (7 Apr) Amerika Syarikat pula melancarkan serangan 59 peluru berpandu di negara itu atas arahan Presiden Trump.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan