Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Biasanya, gaya wanita kontemporarilah yang sering diperagakan di pentas-pentas besar. Tetapi nampaknya, gaya ala-ala kampung juga kian menarik perhatian di sebuah pentas pergaaan baru-baru ini!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2017 12:02PM Dikemas Kini : 04 Apr 2017 12:07PM

BERITAMediacorp: Biasanya, gaya wanita kontemporarilah yang sering diperagakan di pentas-pentas besar. Tetapi nampaknya, gaya ala-ala kampung juga kian menarik perhatian di sebuah pentas peragaan baru-baru ini!

Dihasilkan oleh label pereka fesyen Malaysia, Mak Cun, gaya ini jelas diilhamkan oleh watak komedi popular Mak Cun yang dibawakan pelakon Erma Fatima. Pastinya, watak tersebut bukan sahaja berjaya mencuit hati penonton, tetapi juga berjaya menambat hati penggiat fesyen sehingga ia diperagakan di Minggu Fesyen Islamik Asia di Kuala Lumpur pada Ahad lalu (2 Apr).

Yang jelas, meskipun gaya moden banyak diserlahkan dalam dunia fesyen dewasa ini, gaya tradisional yang ternyata tidak lapuk dek zaman masih berjaya mendapat tempat di pentas serba gah kini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan