Gambar Pilihan Hari Ini
Dengan airmata yang bertitisan dan wajah yang comot, kanak-kanak ini seperti merintih akan kehidupannya yang seakan-akan tidak ada hala tuju.
BERITAMediacorp: Dengan airmata yang bertitisan dan wajah yang comot, kanak-kanak ini seperti merintih akan kehidupannya yang seakan-akan tidak ada hala tuju.
Gambar Pilihan Hari Ini yang mengharukan ini memaparkan seorang kanak-kanak Syria yang ditempatkan di kem pelarian sementara di kampung Ain Issa. Kampung tersebut turut menempatkan mereka yang melarikan diri dari Raqa, kini berada dalam tawanan kumpulan ISIS.
Melihat keadaan mereka yang huru-hara dan kehidupan yang terumbang-ambing, mungkin ketakutan dan kekeliruan turut menyelubungi minda kanak-kanak ini. Mungkin terdetik di hatinya, beginikah perjalanan hidupnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.