Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Dengan kulit putih kemerah-merahan dan kesucian yang terpancar di matanya, kanak-kanak lelaki ini mampu membuat ramai tersenyum dengan kecomelannya. Bukan itu sahaja, lilitan serban di kepala pasti menarik perhatian orang ramai yang melihat keletahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: DELIL SOULEIMAN / AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2017 12:09PM Dikemas Kini : 22 Mar 2017 12:18PM

BERITAMediacorp: Dengan kulit putih kemerah-merahan dan kesucian yang terpancar di matanya, kanak-kanak lelaki ini mampu membuat ramai tersenyum dengan kecomelannya. Bukan itu sahaja, lilitan serban di kepala pasti menarik perhatian orang ramai yang melihat keletahnya.

Kanak-kanak berbangsa Kurdi ini sebenarnya sedang meraikan sambutan Tahun Baru Parsi semalam (21 Mac), yang juga dikenali sebagai Noruz. Gambar Pilihan Hari Ini yang dipaparkan ini diambil di bandar Qamishli di Syria. Tahun Baru Parsi adalah sebuah tradisi tamadun Zoroastrian yang disambut oleh warga Iran dan Kurdi. Malah, ia turut diraikan bersamaan ekuinoks musim bunga dan dilakukan mengikut kiraan kalendar solar.

Yang nyata, dalam keriangan menyambut tahun baru, kanak-kanak comel itu lebih menyerikan suasana dengan kecomelannya berserban. Sejuk mata memandang!

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan