Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • zulala hashemi
    (Gambar: ANNE CHAON / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini membawa anda ke Afghanistan. Gadis di sebelah kanan dalam gambar ini bukan sahaja berhasil menarik perhatian ramai dengan kecantikannya. Malah beliau juga berjaya melakar sejarah baru dalam industri seni nyanyian di Afghanistan.

Yang pasti, belia berusia 18 tahun ini, Zulala Hashemi, merupakan wanita pertama untuk melangkah ke peringkat akhir pertandingan realiti Afghan Star dalam 12 tahun! Pertandingan tersebut juga adalah versi tempatan mereka bagi “American Idol”. Ternyata, Zulala membuktikan bahawa kaum wanita di negara santa konservatif itu sudah mula memecahkan siling-siling kaca.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu, Aryana Sayeed, di sebelah kiri gambar ini, turut berkata: “Dengan kejayaan Zulala ke peringkat akhir, ini bermakna bahawa orang ramai sudah mula menyokong wanita dan minda mereka juga semakin terbuka terhadap penyanyi wanita.” 

- BERITAMediacorp/im

Top
>