Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • kurdish boy
    (Gambar: BULENT KILIC / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Mengerahkan segenap tenaga yang dimilikinya untuk menarik sebuah muatan besar di belakangnya. Malah, kerja itu dilakukan di tengah-tengah jalan raya. Aksi kanak-kanak lelaki bangsa Kurdi ini menjadi Gambar Pilihan Hari Ini.

Satu gambaran yang agak meluluhkan, kerana kanak-kanak lelaki ini sebenarnya sedang bersusah-payah untuk mencari sampah di tengah-tengah bandar Diyarbakir. Yang pasti, sampah itu bertindak sebagai sumber mata pencariannya.

Kasihan melihatkan kanak-kanak seperti ini yang terpaksa melakukan kerja-kerja sedemikian. Walhal, pada usia semuda itu, mereka seharusnya bergelumang dengan buku di sekolah. Bukan dengan sampah yang jauh lebih besar daripada saiz tubuhnya sendiri.

- BERITAMediacorp/im

Top