Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • children robot cardboard
    Seorang pekerja binaan membuat kostum-kostum robot diperbuat dari kadbod untuk dua kanak-kanak lelaki di Manila pada 17 Mac. (Gambar: NOEL CELIS / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Inilah Gambar Pilihan Hari Ini yang membawa seribu pengertian. Sedang kanak-kanak lain sebaya dengan mereka dibelikan pelbagai mainan robot, kereta dan sebagainya, kedua-dua kanak-kanak lelaki miskin ini terpaksa berpuas hati dengan 'kostum' robot diperbuat daripada kadbod.

Mujur, ada seorang pekerja binaan baik hati yang meluangkan masa untuk menghasilkan kostum-kostum robot diperbuat daripada kadbod untuk kedua-dua mereka, yang merupakan anak lelaki penjaja-penjaja jalanan di Manila.

Yang pasti, meskipun tidak cukup beruntung seperti kanak-kanak lain, kedua-dua budak lelaki ini nampaknya cukup gembira dipakaikan 'kostum' robot mereka.

- BERITAMediacorp/nd

Top