Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • conjoined twins palestin
    Bayi kembar yang tercantum menerima rawatan di sebuah hospital di Hebron, Tebing Barat pada 16 Mac 2017. (Gambar: HAZEM BADER / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Pasti luluh hati sesiapa sahaja yang menyaksikan gambar bayi kembar ini, yang terlantar sakit di hospital dek tercantum di tubuh.

Kedua-dua beradik perempuan ini, Acil dan Hadil, yang dilahirkan di sebuah hospital di Hebron, Tebing Barat, tercantum di bahagian pinggang dan mengongsi satu jantung dan sistem peredaran, menurut para paramedik.

Kini, keluarga bayi kembar ini sedang merayu sumbangan derma daripada orang ramai agar kedua-dua bayi mereka dapat menjalani pembedahan di luar negara dan dipisahkan agar dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

- AFP/nd

Top
>