Gambar Pilihan Hari Ini
Ini menjadi Gambar Pilihan Hari Ini dari kami. Terasa sayu di hati apabila melihat bayi yang tidak berdosa ini, dengan kepala dan tubuh yang berbalut. Lebih memilukan lagi, tangan kirinya juga kudung.
BERITAMediacorp: Ini menjadi Gambar Pilihan Hari Ini dari kami. Terasa sayu di hati apabila melihat bayi yang tidak berdosa ini, dengan kepala dan tubuh yang berbalut. Lebih memilukan lagi, tangan kirinya juga kudung.
Inilah antara salah satu akibat daripada serangan-serangan udara di kawasan Barzeh, Syria, yang ditawan oleh para pemberontak. Bayi berusia empat bulan itu juga sedang menerima rawatan di sebuah hospital sementara di pinggir ibu kota Damsyik.
Dengan raut wajah yang sedih, bayi ini juga seakan-akan dapat merasakan penderitaan dan kesukaran hidup di Syria. Malah, masa hadapan serta jalinan keluarga yang mungkin terpisah juga mampu mencetuskan pelbagai emosi bagi sesiapa yang melihat keadaan pilu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.