Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Meskipun kanak-kanak lelaki ini kelihatan seperti disepak, dia tetap tenang mengukirkan senyuman. Malah, dengan baju yang ‘dicorak’ dengan pelbagai warna, dia juga kelihatan seakan-akan baru selesai kelas seni lukisan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: ARUN SANKAR / AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 11:43AM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 11:46AM

BERITAMediacorp: Meskipun kanak-kanak lelaki ini kelihatan seperti disepak, dia tetap tenang mengukirkan senyuman. Malah, dengan baju yang ‘dicorak’ dengan pelbagai warna, dia juga kelihatan seakan-akan baru selesai kelas seni lukisan.

Namun, kanak-kanak ini sebenarnya merupakan salah seorang daripada belia yang bermain dengan serbuk pelbagai warna sewaktu meraikan sambutan Holi di Chennai semalam (12 Mac). Pesta bagi penganut Hindu itu yang turut digelar ‘Pesta Warna’, menandakan ketibaan musim bunga dan berakhirnya musim sejuk.

Tetapi di Singapura, bukan sahaja penganut Hindu dapat mengalami pesta yang berwarna-warni, malah orang ramai juga dapat menikmati pengalaman dilempar dengan serbuk pelbagai warna, seperti dalam acara larian, ‘Colour Run’. Menarik!

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan