Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Di tengah-tengah bilik tidur yang musnah dan berkecai seribu, seorang lelaki tua masih kelihatan tenang sambil duduk bersilang di katilnya dengan ditemani rokok paip.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: JOSEPH EID / AFP)

Diterbitkan : 11 Mar 2017 03:18PM Dikemas Kini : 11 Mar 2017 03:22PM

BERITAMediacorp: Di tengah-tengah bilik tidur yang musnah dan berkecai seribu, seorang lelaki tua masih kelihatan tenang sambil duduk bersilang di katilnya dengan ditemani rokok paip.

Mohammad Mohiedine Anis, 70 tahun, seperti tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Beliau juga seakan-akan menikmati alunan lagu dari alat piring hitam sebagai ganti ‘alunan’ dentuman bom sebelum ini, di kejiranan al-Shaar yang sebelum ini ditawan oleh para pemberontak di Aleppo.

Yang nyata, suasana huru-hara mungkin sedang melanda bandar-bandar di Aleppo, tetapi bagi beliau, ‘rumahku syurgaku’. Maka di rumahnya itu jugalah lelaki ini dapat mencari ketenangan dengan bersulamkan kenangan indah yang bertahun-tahun lamanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan