Gambar Pilihan Hari Ini
Agak mencuit hati apabila melihat sehingga lima wajah bekas Presiden Barack Obama dengan raut yang serupa. Yang menariknya, gambar ini bukan dipetik di Amerika, tetapi di Perancis. Adakah dominasi Obama di seluruh dunia belum berakhir?
BERITAMediacorp: Agak mencuit hati apabila melihat sehingga lima wajah bekas Presiden Barack Obama dengan raut yang serupa. Yang menariknya, gambar ini bukan dipetik di Amerika, tetapi di Perancis. Adakah dominasi Obama di seluruh dunia belum berakhir?
Keempat-empat mereka sebenarnya merupakan penulis buku “Obama 17” yang sedang mempromosikan Obama sebagai calon presiden Perancis bagi 2017 di Paris. Disebabkan rasa tidak puas hati dengan calon-calon presiden di negara sendiri, sekumpulan pengundi Perancis berharap agar Barack Obama dapat memimpin Istana Elysee.
Malah, petisyen Perancis yang mahukan Obama sebagai calon Presiden Perancis juga sudahpun meraih lebih 48,000 tandatangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.