Gambar Pilihan Hari Ini
Ya, ini di Gaza, bukan Eropah! Gambar ini menunjukkan para penduduk Gaza sedang menunggang kuda pada waktu matahari terbenam.
BERITAMediacorp: Bila berbicara atau membaca tentang Palestin, biasanya kita terbayang dengan isu-isu perang, kemusnahan dan kemiskinan yang membelenggu para penduduknya. Tapi di sebalik kisah meruntun hati itu, ada keindahan luar biasa bak lukisan era Renaissance di Palestin.
Seperti yang boleh dilihat pada Gambar Pilihan Hari Ini. Ya, ini di Gaza, bukan Eropah! Gambar ini menunjukkan para penduduk Gaza sedang menunggang kuda pada waktu matahari terbenam. Tahukah anda, bagi ramai penduduk Palestin, menjaga dan memelihara kuda membantu mereka meniti hari-hari di bawah pentadbiran Israel?
Menurut seorang penduduk Palestin seperti yang ditukil laman New York Times, jika di Amerika memelihara kuda adalah hobi orang kaya, di Palestin pula ia merupakan hobi orang miskin. Sungguh ironis!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.