Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar yang dipetik di Jakarta ini pada hari ini (4 Mac) merupakan sebahagian daripada golongan wanita Indonesia yang menyertai rapat hari wanita di bandar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Wanita Indonesia menyertai rapat sempena Hari Wanita Sedunia. (Gambar: AFP / BAY ISMOYO)

Diterbitkan : 04 Mar 2017 04:30PM Dikemas Kini : 04 Mar 2017 04:31PM

BERITAMediacorp: #BeBoldForChange. Atau bahasa Melayunya 'berani untuk perubahan'. Itu bukan saja paparan Gambar Pilihan kami hari ini tetapi ia juga merupakan tema bagi Hari Wanita Sedunia 2017.

Gambar yang dipetik di Jakarta ini pada hari ini (4 Mac) merupakan sebahagian daripada golongan wanita Indonesia yang menyertai rapat hari wanita di bandar itu. Ia juga sempena sambutan hari wanita sedunia yang jatuh pada 8 Mac nanti.

Rapat di Indonesia ini turut mempamerkan ucapan, bacaan puisi, dan persembahan tarian. Menurut laman Brilio yang menukil salah seorang penganjur acara itu Kate Walton sebagai berkata: "Rapat kami bukan seperti di Amerika yang akan menyuarakan bantahan terhadap Trump tetapi lebih kepada keadaan politik masa kini di seluruh dunia, termasuk Indonesia - politik yang mengabaikan hak asasi dan keperluan wanita."

Sumber : BERITA Mediacorp/AFP/Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan