Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • daesh donkey
    Keldai yang tertera kata-kata 'Daesh' (ISIS) dengan cat sembur, di luar Mosul pada 2 Mac 2017. (Gambar: ARIS MESSINIS / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Bukan orang awam sahaja yang menjadi mangsa kumpulan pengganas ISIS, nampaknya haiwan juga tidak terlepas daripada kekejamannya.

Dalam Gambar Pilihan Hari Ini, seekor keldai putih dilihat disembur dengan cat merah hingga kata-kata 'Daesh', iaitu akronim dalam Bahasa Arab bagi ISIS, tertera pada tubuh haiwan yang kurus dan kotor itu, di sebuah bukit di luar bandar Mosul.

Ini sedang pasukan keselamatan Iraq melancarkan ofensif pada 2 Mac 2017 untuk menawan semula bahagian-bahagian barat bandar tersebut daripada cengkaman ISIS.

- BERITAMediacorp/nd

Top