Gambar Pilihan Hari Ini
Ini dia, warga Vietnam Doan Thi Huong, 28 tahun, yang didakwa membunuh Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.
BERITAMediacorp: Wajah sedih yang memaparkan kemungkinan hancurnya kehidupan seseorang. Ini dia, warga Vietnam Doan Thi Huong, 28 tahun, yang didakwa membunuh Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.
Gambar Pilihan Hari Ini dipetik semasa dia diiringi dan dikawal rapi oleh polis Malaysia bagi menghadiri mahkamah dengan warga Indonesia Siti Aisyah, 25 tahun, atas peranan mereka dalam kes Kim Jong-Nam.
Kedua-dua wanita itu didakwa semalam dengan tuduhan membunuh Kim, yang berlaku di lapangan terbang Kuala Lumpur bulan lalu. Laporan sebelum ini menyatakan, kedua-dua wanita mendakwa mereka ditipu bagi membuat tindakan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.