Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar ini dipetik di Mexico City dan wanita di gambar itu adalah artis dan aktivis Sepanyol yang bernama "Jil Love".
BERITAMediacorp: Luka. Berdarah. Terbujur di tengah-tengah jalan. Mungkin anda akan memikirkan beliau ini adalah mangsa peperangan yang sedang berlangsung.
Namun, Gambar Pilihan kami ini sebenarnya memaparkan satu tunjuk perasaan yang luar biasa. Gambar ini dipetik di Mexico City dan wanita di gambar itu adalah artis dan aktivis Sepanyol yang bernama "Jil Love".
"Jil Love" membuat tunjuk perasaan mengenai isu pembunuhan terhadap golongan wanita. Menurut laporan Al-Jazeera Amerika Syarikat, dilaporkan enam wanita dibunuh setiap hari di Mexico.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.