Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • zombie walk (1)
    (Gambar: LOUISA GOULIAMAKI / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Dengan pisau tertusuk di dahi, wajah berlumuran darah dan kesan kelar di leher, wanita ini seolah-olah mangsa bunuh, kemalangan atau dihidupkan semula.

Sebenarnya, wanita ini sedang mengambil bahagian dalam Zombie Walk sewaktu satu sambutan karnival di ibu kota Yunani, Athens semalam (25 Feb). Orang ramai yang menyertai acara tersebut turut 'memeriahkan' sambutan itu dengan bersolek dan mengenakan pakaian yang dapat 'menghidupkan' semula watak zombi seperti yang sebenar.

Mujur ia hanya satu solekan semata-mata. Jika wanita itu benar-benar merayau-rayau di jalan raya, mungkin ramai yang lari bertempiaran.  

- BERITAMediacorp/im

Top
>